Sunday, September 23, 2018


7)Nanoteknologi


Maksud nanoteknologi

*Nanoteknologi (juga dikenali dalam ringkasan sebagai nanotek) merupakan cabang sains yang  menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter).

*Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu.


Contoh nanoteknologi


1. Pembaikian dan regeneratif gen penyakit genetik

Nanoteknologi digunakan dalam rawatan penyakit genetik.
Gen yang rosak diganti dengan gen yang normal.
Gen normal disampaikan melalui partikel nano.
Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak tanpa rosakkan nukleus tersebut
Proses regeneratif dan baik pulih gen mengambil tempat.
Gen rosak dibaiki dan gen normal yang sihat dijana.
Pesakit akan sembuh daripada penyakit genetik yang berpunca daripada pewarisan genetik gen yang rosak.   
        


2. Pengimejan perubatan MRI

Teknologi pengimejan perubatan MRI dihasilkan menggunakan teknologi nanoteknologi.
MRI merujuk kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti
manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan.
Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan
bahan kontras (pewarna).
Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi/sudut.
MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi.
MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakil dengan lebih mudah,
cepat,jelas dan tepat.
Penyakit dapat dikesan, dikenalpasti dan kaedah rawatan yang bersesuaian dapat diberikan




2 comments: