4)Menilai kegunaan polimer sintetik
Maksud polimer
-Molekul berantai panjang yang terbina daripada banyak ulangan unit dinamakan monomer
-Monomer bersambung antara satu sama lain melalui ikatan kovalen
-Proses menggabungkan monomer dinamakn pempolimeran
Senarai polimer semula jadi
-biasanya dijumpai dalam benda-benda hidup
-contoh:kanji,selulosa,kapas,protein,sutera dan getah asli
Senarai polimer sintetik dan kegunaannya
-polimer sintetik ialah polimer buatan manusia yang dihasilkan daripada bahan kimia
-digunakan untuk membuat plastik,gentian,resin dan getah sintetik
Monomer dalam polimer sintetik
-biasanya diperoleh dari hasil petroleum,arang batu dan gas asli
-2 jenis pempolimeran
Pempolimeran penambahan
*Monomer-monomer tak tepu yang mengandungi ikatan ganda dua antara dua atom karbon digabungkan bersama melalui pempolimeran penambahan
*Dalam tindak balas penambahan,satu molekul disambung kepada satu molekul yang lain melalui ikatan kovalen tunggal
Pempolimeran kondensasi
*Monomer-monomer tanpa ikatan ganda dua antara dua atom karbon digabungkan bersama pempolimeran kondensasi
*Poliamida (nilon) dan poliester (terilena) ialah gentian yang dihasilkan melalui pempolimeran kondensasi
*Molekul kecil seperti air, H₂O atau ammonia, NH₃ akan disingkirkan
Mewajarkan kegunaan polimer sintetik dalam kehidupan harian
Penggunaan polimer sintetik dalam kehidupan harian adalah tidak wajar kerana:
- Polimer sintetik tidak terbiodegradasikan.Pelupusannya memerlukan tapak pembuangan yang besar
- Bahan-bahan mentah bagi polimer sintetik diperoleh dari petroleum.Sumber bahan yang tidak dapat diperbaharui akan habis.
- Pembakaran polimer sintetik membebaskan bahan pencemar dan gas toksik yang menudaratkan kesihatan.
No comments:
Post a Comment